27 Mar 2018
27 March 2018
Dear Editor,
I refer to the commentary by Ibn Hikam published in Utusan Malaysia on 22 March 2018, titled “PPBM ulangi sejarah Semangat 46”.
The commentary has made baseless allegations on Singapore’s Malay community.
All Singapore citizens have access to equal opportunities regardless of race and our policies are tailored to that end. Singapore’s Malay community has been an integral part of our country from Singapore’s beginning. They have achieved significant social and economic progress within Singapore’s fair and meritocratic society. We are proud of these accomplishments, and will work to achieve further progress together. Singapore will not tolerate any attempt, whether domestic or foreign, to use race or religion to promote ill-will between different segments of Singapore society. We also have no desire to be dragged into Malaysia’s domestic politics.
Please publish this letter in full in Utusan Malaysia.
Thank you.
PRESS OFFICER
HIGH COMMISSION OF THE REPUBLIC OF SINGAPORE
__________________
[Malay Translation]
27 Mac 2018
Saudara Editor,
Saya merujuk kepada rencana Ibn Hikam yang diterbit dalam Utusan Malaysia pada 22 Mac 2018, bertajuk “PPBM ulangi sejarah Semangat 46”.
Rencana itu telah membuat beberapa dakwaan yang tidak berasas mengenai masyarakat Melayu Singapura.
Setiap warganegara Singapura tidak kira bangsa mempunyai peluang yang sama, dan dasar-dasar kami telah digubal dan disesuaikan mengikut prinsip itu. Masyarakat Melayu Singapura merupakan sebahagian integral negara kami sejak Singapura ditubuhkan. Mereka telah mencapai kemajuan sosial dan ekonomik yang ketara dalam masyarakat adil dan meritokratik di Singapura. Kami bangga dengan pencapaian mereka, dan akan bekerja untuk mencapai kemajuan yang lebih kukuh bersama-sama. Singapura dengan tegas melarang sebarang percubaan, di dalam atau dari luar negeri, untuk menggunakan isu bangsa atau agama untuk mencetuskan suasana tidak harmoni di antara kaum-kaum Singapura. Kami juga tiada niat untuk terlibat dalam politik dalam negeri di Malaysia.
Saya harap Utusan Malaysia akan menerbitkan keseluruhan surat ini di dalam akhbar anda.
Terima Kasih.
PEGAWAI AKHBAR
SURUHANJAYA TINGGI REPUBLIK SINGAPURA